Sunday 26 November 2017

LAWATAN PENANDA ARAS ke LANGKAWI

Baru-baru ini pada 21-23  April 2017  PSS bersama dengan Panitia LK, Biologi, Sains, Sejarah dan Koperasi Sekolah  telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pulau Langkawi Kedah. Lawatan yang ditunggu-tunggu oleh para guru dan pelajar ini telah menaiki pesawat Air Asia pada jam 6.40 petang Jumaat 21 hb April. Lawatan kali ini dianggap istimewa kerana bukan saja kerana menaiki pesawat bahkan ia turut dirangka dengan penuh aktiviti menarik yang mengujakan.

Pada hari pertama ketibaan rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 7.30 malam. Rombongan terus dibawa ke Pusat Penginapan di Rivera Inn yang terletak di Pekan Kuah.

Pada keesokan harinya, rombongan telah meneroka KILIM Geoforest yang begitu mempesonakan. KILIM merupakan warisan  berjuta-juta tahun bagi kehidupan ekosistem yang tiada tandingannya. Apabila kaki melangkah menyusuri muara Sungai KILIM, para pencinta alam seperti kami merasakan sesuatu perasaan yang luar biasa. Kami diperkenalkan dengan juru pandu yang bakal membawa kami menelusuri kehidupan alam flora dan fauna di dalamnya.

Kami dibawa ke Gua Kelawar dan memasukinya dengan rasa takjub. Apa yang dipelajari sewaktu MP Biologi dan Sains oleh guru di sekolah telah berada di depan mata. Rasa teruja, takjub dan syukur atas kurniaan Tuhan yang menciptakan alam dengan penuh kesimbangan. Guanya dipenuhi dengan stalaktit dan stalagmit yang terjadi secara semulajadi. Bau kelawar yang menusuk hidung tidaklah menghalang kami untuk menikmati keindahan gua. Terdapat banyak karts terbentuk hasil daripada kejadian luluhawa dan proses-proses hakisan yang lain. Paling menakjubkan adalah melihat akan pokok paya bakau yang kuat, kukuh dan tidak sedikit pun takut pada goncangan laut yang bergelora. Akar ceracak . akar banir dan akar jangkang merupakan kepelbagaian sistem akar yang boleh didapati secara langsung di sini. Kami terfikir bagaimana besarnya peranan pokok bakau ini ketika menjadi benteng pertahanan bagi Langkawi satu masa dahulu. 

Apa yang menariknya juga adalah kami belajar tentang sistem Hibernasi sang Kelawar yang khabarnya amat bijak dalam merancang keluarganya sendiri. Ini membuatkan kami terfikir besarnya kejadian Sang Pencipta yang Maha Bijak menentukan setiap inci ciptaanNYA.



Pasukan B di hadapan Gua Kelawar.


Kami dibawa menaiki bot dan menyulusuri pula ke Gua Buaya. Kami bernasib baik kerana ketika itu air surut memudahkan kami masuk menggunakan bot.





Kami terus ke bahagian tengah Sungai KILIM untuk melihat kehidupan Sang Helang. Sang Helang ini amat unik. Kami diberitahu helang yang berwarna coklat sepenuhnya menandakan kematangannya. Helang juga mempunyai keistimewaan kerana sangat setia dengan percintaannya. Di sinilah kami mempelajari satu bahasa cinta yang unik dari alam burung iaitu kisah cinta monogami. Pengunjung tidak digalakkan untuk memberi helang makan lain -lain makanan kerana takut gangguan kepada tabiat makan semula jadinya. Kawasan yang banyak helang menandakan banyaknya ikan di satu - satu kawasan air tersebut.



Dalam pada itu, kami turut dibawa ke hujung sempadan yang memisahkan Malaysia dengan Thailand. Sempadan Laut Andaman. Terdapat banyak pulau antaranya ialah Pulau Kasut yang saling tidak tumpah seperti sebuah kasut. Apabila memandang ke Pulau Kasut tersebut, terfikir juga kami tentang perkara -perkara mitos, lagenda dan hikayat yang sering diceritakan dalam kisah -kisah dongeng. 



No comments:

Post a Comment

LAWATAN PENANDA ARAS ke LANGKAWI

Baru-baru ini pada 21-23  April 2017  PSS bersama dengan Panitia LK, Biologi, Sains, Sejarah dan Koperasi Sekolah  telah mengadakan lawatan...