Sunday 26 November 2017

LAWATAN PENANDA ARAS ke LANGKAWI

Baru-baru ini pada 21-23  April 2017  PSS bersama dengan Panitia LK, Biologi, Sains, Sejarah dan Koperasi Sekolah  telah mengadakan lawatan penanda aras ke Pulau Langkawi Kedah. Lawatan yang ditunggu-tunggu oleh para guru dan pelajar ini telah menaiki pesawat Air Asia pada jam 6.40 petang Jumaat 21 hb April. Lawatan kali ini dianggap istimewa kerana bukan saja kerana menaiki pesawat bahkan ia turut dirangka dengan penuh aktiviti menarik yang mengujakan.

Pada hari pertama ketibaan rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi jam 7.30 malam. Rombongan terus dibawa ke Pusat Penginapan di Rivera Inn yang terletak di Pekan Kuah.

Pada keesokan harinya, rombongan telah meneroka KILIM Geoforest yang begitu mempesonakan. KILIM merupakan warisan  berjuta-juta tahun bagi kehidupan ekosistem yang tiada tandingannya. Apabila kaki melangkah menyusuri muara Sungai KILIM, para pencinta alam seperti kami merasakan sesuatu perasaan yang luar biasa. Kami diperkenalkan dengan juru pandu yang bakal membawa kami menelusuri kehidupan alam flora dan fauna di dalamnya.

Kami dibawa ke Gua Kelawar dan memasukinya dengan rasa takjub. Apa yang dipelajari sewaktu MP Biologi dan Sains oleh guru di sekolah telah berada di depan mata. Rasa teruja, takjub dan syukur atas kurniaan Tuhan yang menciptakan alam dengan penuh kesimbangan. Guanya dipenuhi dengan stalaktit dan stalagmit yang terjadi secara semulajadi. Bau kelawar yang menusuk hidung tidaklah menghalang kami untuk menikmati keindahan gua. Terdapat banyak karts terbentuk hasil daripada kejadian luluhawa dan proses-proses hakisan yang lain. Paling menakjubkan adalah melihat akan pokok paya bakau yang kuat, kukuh dan tidak sedikit pun takut pada goncangan laut yang bergelora. Akar ceracak . akar banir dan akar jangkang merupakan kepelbagaian sistem akar yang boleh didapati secara langsung di sini. Kami terfikir bagaimana besarnya peranan pokok bakau ini ketika menjadi benteng pertahanan bagi Langkawi satu masa dahulu. 

Apa yang menariknya juga adalah kami belajar tentang sistem Hibernasi sang Kelawar yang khabarnya amat bijak dalam merancang keluarganya sendiri. Ini membuatkan kami terfikir besarnya kejadian Sang Pencipta yang Maha Bijak menentukan setiap inci ciptaanNYA.



Pasukan B di hadapan Gua Kelawar.


Kami dibawa menaiki bot dan menyulusuri pula ke Gua Buaya. Kami bernasib baik kerana ketika itu air surut memudahkan kami masuk menggunakan bot.





Kami terus ke bahagian tengah Sungai KILIM untuk melihat kehidupan Sang Helang. Sang Helang ini amat unik. Kami diberitahu helang yang berwarna coklat sepenuhnya menandakan kematangannya. Helang juga mempunyai keistimewaan kerana sangat setia dengan percintaannya. Di sinilah kami mempelajari satu bahasa cinta yang unik dari alam burung iaitu kisah cinta monogami. Pengunjung tidak digalakkan untuk memberi helang makan lain -lain makanan kerana takut gangguan kepada tabiat makan semula jadinya. Kawasan yang banyak helang menandakan banyaknya ikan di satu - satu kawasan air tersebut.



Dalam pada itu, kami turut dibawa ke hujung sempadan yang memisahkan Malaysia dengan Thailand. Sempadan Laut Andaman. Terdapat banyak pulau antaranya ialah Pulau Kasut yang saling tidak tumpah seperti sebuah kasut. Apabila memandang ke Pulau Kasut tersebut, terfikir juga kami tentang perkara -perkara mitos, lagenda dan hikayat yang sering diceritakan dalam kisah -kisah dongeng. 



Wednesday 10 May 2017

MAJLIS PEMBUGARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Pada 13 Februari 2017(ISNIN)-Sesi Pagi (7.30 pagi) dan 14 Februari 2017(SELASA)- Sesi Petang (6.00 ptg) telah diadakan Majlis Pembugaran Nilam Peringkat Sekolah. 
Kedua-dua majlis telah diadakan di Dataran Perhimpunan SMK Subang Bestari. 

Objektif utama pembugaran NILAM adalah untuk
1.    Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
2.    Memupuk minat membaca dalam kalangan murid.
3.    Menjadikan murid banyak membaca.
4.    Merealisasikan PPPM (2013 -2025) 6 asprirasi murid.


Sewaktu Program digunakan, beberapa aktiviti dirancang seperti berikut:
1. Ucapan Penyelaras -Pn. Nik Khuzaimah Bt Nik Wel (GPM)
2. Ucapan  Penyelaras-Pn Ariza bt Abdullah (GKMP Bahasa)
3. Gimik Perasmian disempurnakan oleh Pentadbir dengan diiringi oleh Pn Ariza dan GKMP.
Persembahan Murid



AJK Pengelola adalah Panitia Bahasa Melayu dan dianjurkan bersama Bidang Bahasa 
SMK Subang Bestari.


Program ini pastinya akan diteruskan pada tahun akan datang dengan mempelbagaikan pengisian dan  mempromosikan NILAM di samping mencungkil bakat pelajar kerana program ini telah mendapat sokongan padu oleh semua pelajar. Tahniah !!


Ucapan Penyelaras Bulan Bahasa, Pn Ariza bt Abdullah


Ucapan Perasmian daripada Pn Aziza  selaku Penolong Kanan Petang

Gimik Perasmian disempurnakan oleh Pn Aziza diiringi
Pn Ariza dan Pn Tengku Norihan


Gimik Perasmian disempurnakan oleh Pn Aziza diiringi
Pn Ariza dan Pn Tengku Norihan


Persembahan Mendeklamasi Puisi

PERANCANGAN AKTIVITI - AKTIVITI PSS SMK SUBANG BESTARI BAGI TAHUN 2017


BAGI TAHUN 2017, AJK KERJA PSS TELAH MERANCANG BEBERAPA AKTIVITI SEPERTI DI BAWAH. AKTIVITI-AKTIVITI INI TELAH DIRANCANG BERDASARKAN TAKWIM PERSEKOLAHAN YANG TELAH DIPERINCIKAN OLEH PIHAK PENTADBIR SEKOLAH. SILA RUJUK PERANCANGAN DI BAWAH UNTUK MENGETAHUI AKTIVITI SEPANJANG TAHUN PSS SMK SUBANG BESTARI BAGI TAHUN 2017.

PERANCANGAN AKTIVITI PSS 2017

BIL
PERKARA
TARIKH
SASARAN
1
Pembugaran Program NILAM Peringkat Sekolah
*Hari Pelancaran NILAM Selangor 26 Februari 2017
27 FEB 2017
(ISNIN)
Semua guru dan pelajar
2
Mesy Induk/Kerja PSS
JAN/ APR/ JUL/ SEPT
Semua AJK PSS
3
Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Sekolah
FEB
PelajarT4
4
Bengkel Proses Teknik (Automasi)
FEB
AJK AUTOMASI
5
Bengkel Rakan Pembaca (NILAM)
FEB
KUMPULAN RAKAN PEMBACA
6
Majlis Watikah  Pengawas PSS
MAC
PENGAWAS PSS
7
Kem Kepimpinan Pengawas PSS
MAC
PENGAWAS PSS
8
Lawatan PSS
APRIL
Semua pelajar
9
Kutipan Data NILAM (Pengikhtiran)
MAC/JUN/SEPT/JAN
Semua pelajar
10
Minggu PSS
OGOS
Semua guru dan Pelajar
11
Penutupan Minggu PSS & Anugera NILAM
OGOS
Semua guru dan Pelajar
12
Majlis Jamuan Hi-Tea Pengawas PSS
7 OKT 2017
AJK / Pengawas PSS

JAWATANKUASA INDUK PSS SMK SUBANG BESTARI 2017

PSS TURUT MEMPUNYAI JAWATANKUASA INDUK YANG BERTANGGUNG JAWAB MEMASTIKAN PSS BERADA DALAM KPI YANG DITETAPKAN.

JAWATANKUASA INDUK BAGI TAHUN 2017 ADALAH SEPERTI DI BAWAH:


HARAPAN UTAMA SEMESTINYA AGAR PSS MENJADI PUSAT INFO KEPADA WARGANYA, TEMPAT SALURAN MAKLUMAT YANG BETUL, SEKALIGUS MENGGALAKKAN WARGA SEKOLAH MENJADI WARGA YANG BERIMAN, BERILMU DAN BERAMAL  SESUAI DENGAN MOTTO SEKOLAH IMAN, ILMU DAN AMAL.

JAWANKUASA KERJA PSS SMK SUBANG BESTARI.


PADA TAHUN 2017 JUGA, TERDAPAT BEBERAPA PERUBAHAN UNTUK JAWATANKERJA PSS SMK SUBANG BESTARI. PERUBAHAN INI DIBUAT SEJAJAR DENGAN KEPERLUAN SEMASA PSS YANG BERVISIKAN MEMBERIKAN INFORMASI TERBAIK KEPADA SEMUA WARGANYA. 

BERIKUT MERUPAKAN JAWATANKUASA KERJA PSS SMK SUBANG BESTARI BAGI JANUARI - DISEMBER TAHUN 2017. SEMOGA DENGAN PELANTIKAN INI, PSS AKAN TERUS MENJADI WADAH SALURAN INFO KEPADA SEMUA WARGANYA. SELAMAT BERTUGAS SEMUA WARGA KERJA PSS.




JAWATANKUASA NILAM SMK SUBANG BESTARI 2017


BERIKUT MERUPAKAN AHLI JAWATANKUASA NILAM BAGI SESI 2017
SMK SUBANG BESTARI , SHAH ALAM




NILAM bermaksud Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan program peringkat KPM yang diadunkan bersama Kurikulum di sekolah. Tujuan utama Program Nilam adalah untuk memupuk sikap membaca dalam kalangan murid-murid. Semua buku / jurnal /majalah atau bahan bacaan perlu dimasukkan dalam buku Nilam sebagai catatan. Guru Nilam bertanggungjawab mengumpul data dan melakukan analisa kepada GPM.
Dengan adanya AJK Nilam ini, maka diharapkan semua warga SMK Subang Bestari akan mula menjadi warga yang suka membaca kerana dengan membacalah bermulanya tamadun

JAWATANKUASA PENGAWAS PSS SMK SUBANG BESTARI 2017



BERIKUT MERUPAKAN AJK BARU BAGI PELANTIKAN PENGAWAS PSS 

SMK SUBANG BESTARI 2017







SEMOGA SEMUA AJK YANG DILANTIK AKAN MEMBERI KOMITMEN PENUH UNTUK MENJADIKAN PSS SMK SUBANG BESTARI PUSAT SUMBER MAKLUMAT YANG BERINFORMASI DAN DAPAT MEMBERI KHIDMAT BAKTI KEPADA SEMUA. 

LAWATAN PENANDA ARAS ke LANGKAWI

Baru-baru ini pada 21-23  April 2017  PSS bersama dengan Panitia LK, Biologi, Sains, Sejarah dan Koperasi Sekolah  telah mengadakan lawatan...