Sunday 5 April 2015

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2015


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PSS 2015



Kem Kepimpinan Pengawas PSS telah dijalankan pada 4 April 2015 bertempat di SMK Subang Bestari. Kem kepimpinan berbentuk ‘explorace’ ini adalah julung kali diadakan yang berkonsepkan ‘fun’. Ia bertujuan memberi keseronokkan kepada mereka di samping menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pengawas PSS. Pada masa yang sama ia juga dapat memberi pendedahan bidang tugas pengawas dan perkhidmatan PSS kepada pengawas PSS secara praktikal.
               Seramai 80 orang pengawas PSS yang terlibat sebagai peserta yang terdiri daripada pengawas PSS tingkatan 1 hingga tingkatan 4. Fasilitator adalah terdiri daripada pengawas PSS tingkatan 4 dan 5 seramai 13 orang, guru praktikal 7 orang dan guru PSS seramai 9 orang. Kem kepimpinan ini bermula pada jam 7.30 pagi hingga 12.30 petang. Program ini dimulakan dengan sesi taklimat oleh penyelaras media. Pada keseluruhannya, Program ini berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Hasil dapatan/ penilaian program peserta yang terlibat, Program ini perlu diteruskan pada masa akan datang kerana pengisian program menepati objektif program.



LAWATAN PENANDA ARAS ke LANGKAWI

Baru-baru ini pada 21-23  April 2017  PSS bersama dengan Panitia LK, Biologi, Sains, Sejarah dan Koperasi Sekolah  telah mengadakan lawatan...