Thursday 26 March 2015

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT SEKOLAH

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT SEKOLAH


Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Sekolah telah dijalankan pada 25 Mac 2015 bertempat di Pusat Sumber SMK Subang Bestari. Pemilihan tokoh NILAM ini melibatkan pelajar tingkatan 4 (4 orang kategori bahasa melayu dan 4 orang kategori bahasa inggeris). Pemilihan tokoh NILAM ini adalah bersesuaian dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia-5 Aspirasi Murid(pengetahuan, kemahiran berfikir, Kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa dan Etika dan kerohanian).






Tuesday 3 March 2015

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2015


MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2015



Majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS telah dijalankan pada 2 Mac 2015 bertempat di Dataran Bestari SMK Subang Bestari yang melibatkan seramai 50 orang pengawas PSS yang terdiri daripada 16 orang Exco tertinggi dan 34 orang pengawas PSS yang baru di lantik (sesi pagi dan sesi petang). Majlis ini dirasmikan oleh Inspektor Mohammad Nazri bin Noordin, Pengawai bahagian Narkotik IPD Sungai Buloh, juga merangkap Pengawai Seranta SMK Subang Bestari. 
               Majlis ini diadakan adalah untuk melahirkan pemimpin yang berwibawa daripada kalangan pelajar supaya mempunyai kredibiliti dan kualiti untuk memimpin dan menggerakkan pusat sumber sekolah sebagai satu badan khidmat sokongan yang disegani, dihormati dan berupaya membantu sekolah melahirkan generasi pelajar cemerlang.




LAWATAN PENANDA ARAS ke LANGKAWI

Baru-baru ini pada 21-23  April 2017  PSS bersama dengan Panitia LK, Biologi, Sains, Sejarah dan Koperasi Sekolah  telah mengadakan lawatan...