Tuesday 24 February 2015

BENGKEL PENULISAN KREATIF


BENGKEL PENULISAN KREATIF

Bengkel Penulisan kreatif ini telah dijalankan pada 23 Februari 2015 bertempat di PSS SMK Subang Bestari. Program ini merupakan anjuran PSS dan Bidang Bahasa SMK Subang Bestari yang melibatkan pelajar kelas 3Einstien seramai 21 orang, 4Nebula seramai 21 orang, 5Nebula seramai 21 orang dan beberapa pelajar yang terpilih daripada tingkatan 5. Ada juga beberapa guru yang menyertai bengkel tersebut.Bengkel ini disampaikan oleh Pengarah Wilayah Tengah Dewan Bahasa & Pustaka, Abang Patdeli bin Abang Muhi.
               Program  ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan yang amat berguna di samping interaksi bahasa dan sastera Melayu dalam dunia pendidikan khususnya dalam peringkat persekolahan menengah. Ia memberikan pengenalan dan pemahaman terhadap apa itu karya kreatif. Pada masa yang sama ia memberikan panduan untuk menulis cerpen dan novel dengan teknik yang betul. Selain itu pelajar juga dapat bersoal jawab dan beramah mesra bersama penceramah berkaitan pengalaman serta penglibatan mereka dalam dunia penulisan kreatif.




Tuesday 3 February 2015

PELANCARAN NILAM PERINGKAT SEKOLAH

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH



Pelancaran Program Nilam telah dijalankan pada 2 Februari 2015(Isnin) bersama dengan pelancaran Bulan Bahasa yang bertempat di dataran SMK Subang Bestari. Ia melibatkan semua guru dan pelajar. Pelancaran ini diadakan 2 sesi (pagi/petang). Antara aktiviti NILAM yang dirancang bagi tahun 2015 ialah Program Baca & Menang, Program “1 buku 1 hari”, Resensi buku, Bengkel Penulisan Kreatif, Bengkel Rakan Pembaca dan Pemilihan Tokoh NILAM.
            Selain mempromosikan Program NILAM di kalangan warga sekolah, Pelancaran Program NILAM ini juga bertujuan mengalakkan pelajar untuk terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.





LAWATAN PENANDA ARAS ke LANGKAWI

Baru-baru ini pada 21-23  April 2017  PSS bersama dengan Panitia LK, Biologi, Sains, Sejarah dan Koperasi Sekolah  telah mengadakan lawatan...